Monday, December 7, 2009
Saturday, November 28, 2009
Rumah baru mak lang
Salam semua. Lama sudah tak update blog..almaklumlah tengah mabuk facebook. Post kali ni special buat abang shahrir sekeluarga di liverpool..ha, nk tengok umah korang? mesti tak sabar kan nk balik m'sia duduk umah sendiri. Cek ngah tak pindah lagi, entah bila la dpt CF. M.lang nani sekeluarga dah pun berpindah ke rumah baru, so sempatlah beraye aidil adha di rumah baru...post kali ni pun cek ngah letakkan gambar umah mak lang. (yg mane sempatla) . Umah mak lang tu ala-ala studio gitu..bila tanye konsep apa..m.lang cakap konsep 'ikut suka akulah'.
ni bahagian ruang tamu umah mak lang..serba baru
ini pulak bilik tidur maklang..tingginye ecah bole bergayut
ini pulak bilik tidur maklang..tingginye ecah bole bergayut
Wednesday, September 16, 2009
SALAM AIDILFITRI BUAT SEMUA
Insyaallah pada 20 september ini, semua umat islam akan meraikan hari raya aidilfitri. Salam aidilfitri diucapkan buat semua sanak saudara dan sahabat handai sama ada yang dekat mahupun yang jauh di perantauan. Terutama sekali buat abang shahrir, k.has dan sufi tihani yang jauh di perantauan. Inilah pertama kali kita tidak dapat meraikan bersama-sama di sini. Maaf zahir dan batin sekiranya ada tersalah kata, tersilap bicara. Semoga bergembira dan selamat hari raya..
Tuesday, June 9, 2009
CUTI-CUTI MALAYSIA....
Seronoknya cuti sekolah..mama dan papa pun dapatla bercuti sama. Awal cuti kami sekeluarga ke Jerantut ada kenduri kawin sebelah keluarga papa. Kemudian kami sekeluarga, mak lang sekeluarga, mak tok dan mok su ke Muar sempena pertunangan abang azrai. Wah! Meriah majlis kat sana, macam kenduri kawin je. Selepas itu kami bertolak ke A Famosa Melaka selama 2 hari kat sana. Sempat la pergi melawat Zoo Melaka dan Taman Buaya. Sukanya anak-anak mama dapat berjalan ke sana.
Adam dan Umairah duduk atas pelamin masa kenduri di Jerantut
Di Taman Buaya dan Zoo Melaka.
Inilah tunang abang Azrai, tahun depan kita makan nasi minyak ye..
Gambar ni diambil masa seronok mandi kolam di A Famosa Melaka. Mama fobia nak mandi kolam sebab selepas gambar ini diambil adam terjatuh dari pelampung. Mama tak sedar yang adam terlepas dari tangan mama, mujurlah papa sempat tarik adam. Syukur tiada perkara yang tak diingini berlaku..
Di Taman Buaya dan Zoo Melaka.
VIDEO GAJAH MENARI
Saturday, May 30, 2009
Alhamdulillah anak papa sudah sihat
Syukur alhamdulillah anak-anak papa sudah sihat. Tapi buat masa ini adam dan umairah tak pergi nursery.. rehat kat umah dulu. Lagipun kat umah ada bibik yang baru...:) (Mak teh yang jaga). Thank you mak teh.. tak pelah cukup bulan dapat gaji ye. Lepas cuti sekolah nanti adam n yah pergi la nursery semula lagipun ateh pun dah nak keje kan? Kat bawah ni gmbr adam n yah sedang test motorsikal baru..Amacam cun tak?
Adam dengan penuh gaya atas motosikal baru..
Yah pun sibuk jugak nak test motor abang adam..jgn jadi minah rempit ye..
Adam masuk wad KMC
Salam..dah lama tak update blog. Bukannya apa sibuk sangat kebelakangan ni, umairah dan adam pula selalu je tak sihat. Adam dimasukkan wad pada 20 hb Mei disebabkan asma. Selama 5 hari adam duduk kat sana. Umairah baru je dua minggu keluar wad, dah adam pulak yang kena. Penatnya papa dan mama tuhan aje yang tahu. Yang best lagi ecah pun kena masuk wad sehari selepas adam keluar. Em..korang ni betul-betul mcm kembar la..Nasibla dr yeo kasi mama MC, cuti mama tahun ni dah habis.. Kat bawah ni ada la gmbr adam yang sempat mama ambil masa kat KMC.
Saturday, March 28, 2009
Adam dan Umairah pergi nursery
Kesiannya anak mama...mcm kena kurung dalam penjara je..
Hari ini dah masuk seminggu adam dan umairah pergi nursery. Alhamdulillah anak-anak mama sudah dapat menyesuaikan diri. Umairah pada mulanya asyik menangis je, tapi sekarang dah ok makin pandai buat perangai. Satu perkara lagi yang kelakarnya, adam haikal sudah pandai set rambut, tiap kali mama dan papa datang ambil mesti rambut adam terpacak. Dah tu sekarang pandai nk minum air milo, agaknya kat nursery ibunya ajar minum milo masa minum petang. Adam dah pandai berkawan, happy je kat sana.
Sunday, February 1, 2009
Monday, January 26, 2009
Happy Besday anak mama
Happy Besday buat kedua-dua anak mama tersayang, Adam dan Umairah. Adam genap 2 tahun pada 8hb Jan dan adik yah dah masuk setahun pada 18hb Jan. Happy besday jugak untuk ecah dan tihani. Yang duduk kat tengah tu ecah, tihani belum balik lagi.
Label:
Adam,
ecah dan umairah
Subscribe to:
Posts (Atom)