Tuesday, June 9, 2009

CUTI-CUTI MALAYSIA....



Seronoknya cuti sekolah..mama dan papa pun dapatla bercuti sama. Awal cuti kami sekeluarga ke Jerantut ada kenduri kawin sebelah keluarga papa. Kemudian kami sekeluarga, mak lang sekeluarga, mak tok dan mok su ke Muar sempena pertunangan abang azrai. Wah! Meriah majlis kat sana, macam kenduri kawin je. Selepas itu kami bertolak ke A Famosa Melaka selama 2 hari kat sana. Sempat la pergi melawat Zoo Melaka dan Taman Buaya. Sukanya anak-anak mama dapat berjalan ke sana.



Adam dan Umairah duduk atas pelamin masa kenduri di Jerantut



Inilah tunang abang Azrai, tahun depan kita makan nasi minyak ye..



Gambar ni diambil masa seronok mandi kolam di A Famosa Melaka. Mama fobia nak mandi kolam sebab selepas gambar ini diambil adam terjatuh dari pelampung. Mama tak sedar yang adam terlepas dari tangan mama, mujurlah papa sempat tarik adam. Syukur tiada perkara yang tak diingini berlaku..


Di Taman Buaya dan Zoo Melaka.



VIDEO GAJAH MENARI